" Dan tiadalah kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah kehidupan yang sebenarnya kalau mereka mengetahui." (al-Ankabut: 64) history of indonesia: Hadits - hadits palsu hati-hati

translate


loading,sabar menunggu biar diridhoi Allah SWT

Senin, 22 Maret 2010

Hadits - hadits palsu hati-hati

مئة من الأحاديث
المشتهرة على الألسنة
100 HADIS DHA'IF DAN PALSU
YANG MASYHUR
DI KALANGAN MASYARAKAT
إعداد :
الشيخ إحسان بن محمد بن عايش العتيبي
(من تلاميذ الشيخ الألباني رحمه الله)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله , وبعد:
Inilah koleksi 100 Hadis Dha'if dan Palsu yang telah dihimpunkan oleh Syeikh Ihsan
bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi. Telah selesai usaha penterjemahan ke Bahasa
Melayu pada 9/3/2003.
Penterjemahan koleksi 100 hadis dha'if dan palsu ini telah dilaksanakan secara
bertahap-tahap di diskusi al-ahkam.net. Perbincangan mengenainya boleh dibaca di
sini:
Tujuan penterjemahan Koleksi 100 Hadis Dha'if dan Palsu ini adalah untuk mendidik
diri kita sendiri agar berhati-hati terhadap periwayatan Hadis Dha'if dan Palsu. Di
samping itu ia juga akan cuba disebarkan kepada orang ramai melalui media internet,
samada melalui web, forum, senarai mel atau sbgnya. Tujuannya adalah untuk
mendidik masyarakat serta memberi peringatan kepada mereka tentang mara bahaya
Hadis Dha'if dan Palsu. Agar mereka dapat menjauhkan diri dari meriwayatkannya
dan mengamalkannya.

Usaha penterjemahan ini juga adalah atas dorongan dan galakan dari semua ahli
diskusi al-ahkam.net.
Kredit kepada semua ahli diskusi dan para moderator al-ahkam online.
Terjemahan Hadis no 1 hingga 56 telah dilakukan oleh saya dengan segala
kekurangan dan kelemahan.
Manakala Hadis 57, 58, 59 dan 60 telah diterjemahkan oleh al-Ustaz Pendekar.
Dan, Hadis 61 hingga 100 telah diterjemah oleh saya dan juga ustaz Khairul Abrar.
Apa yang diharapkan ialah, para pembaca tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan
dunia dan akhirat ke atas para penterjemahnya, penyusun asalnya dan kepada semua
yang terbabit.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، والحمد لله رب العالمين
Penterjemah:
zain y.s
http://al-ahkam.com.my
مئة من الأحاديث المشتهرة على الألسنة
إعداد : الشيخ إحسان بن محمد بن عايش العتيبي
(من تلاميذ الشيخ الألباني رحمه الله)
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله , وبعد:
فهذه ( 100 ) حديث من الأحاديث الضعيفة والموضوعة وهي منتشرة بين الخطباء
والوعاظ ، وفي الصحيح ما يغني المسلم عن الأخذ بالضعيف .
Ini adalah 100 buah hadis Dha'if dan Maudhu' yg tersebar luas di kalangan
khatib/penceramah/pendakwah. Hadis Shahih sudah memadai tanpa perlu mengambil
hadis Dha'if.
-1 ((من لم تنهه صلاته عن الفحشاء والمنكر، لم يزدد من الله إلا بعداً)). وفي لفظ:
((من لم تنهه صلاته عن الفحشاء والمنكر ، فلا صلاة له)). قال الذهبي : قال ابن
الجنيد: آذب وزور. قال الحافظ العراقي: حديث إسناده لين، قال الألباني : باطل لا
293 ) . "نخريج / يصح من قبل إسناده ولا من جهة متنه. "ميزان الاعتدال" ( 3
.(985 ، 143 ) . "السلسلة الضعيفة" ( 2 / الإحياء" ( 1
Barangsiapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya' dan munkar, tidak
akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya. (Albani: Bathil &
tidak sah dari sudut sanad dan matan)
-2 ((الحديث في المسجد يأآل الحسنات آما تأآل البهائم الحشيش)). وفي لفظ :
((الحديث في المسجد يأآل الحسنات آما تأآل النار الحطب)). قال الحافظ العراقي:
لم أقف له على أصل، قال عبد الوهاب ابن تقي الدين السبكي : لم أجد له إسناداً ،
136 ) . "طبقات الشافعية" / قال الألباني : لا أصل له. "تخريج الإحياء" ( 1
. ( 145 ) . "الضعيفة" ( 4 / للسبكي ( 4
Bercakap di dalam masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan sebagaimana
binatang ternak memakan rumput. (Albani: Tidak ada asalnya)
-3 ((اعمل لدنياك آأنك تعيش أبداً ، واعمل لآخرتك آأنك تموت غداً)). قال
الألباني: لا يصح مرفوعاً أي: ليس صحيح عن النبي صلى الله عليه وسلم.
. ( "الضعيفة" ( 8
Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan
beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya. (Albani:
Tidak sah dari Nabi s.a.w.)
-4 ((أنا جدُّ آل تقي)) قال السيوطي: لا أعرفه. قال الألباني : لا أصل له.
. ( 89 ) . "الضعيفة" ( 9 / "الحاوي" للسيوطي ( 2
Aku adalah datuk kepada setiap orang yang bertaqwa. (Albani: Tiada asalnya)
-5 ((إنما بعثتُ مُعَلِّماً)) قال العراقي: سنده ضعيف، قال الألباني : ضعيف. "تخريج
. ( 11 ) . "الضعيفة" ( 11 / الإحياء" ( 1
Hanyasanya aku dibangkitkan sebagai guru. (Albani: Dha'if)
6 - ((أوحى الله إلى الدنيا أن اخدمي من خدمني وأتعبي من خدمك)) قال الألباني :
303 ) . "الفوائد المجموعة" للشوآاني / موضوع. "تنزيه الشريعة" للكناني ( 2
. ( 712 ) . "الضعيفة" ( 12 )
Ertinya: Allah telah mewahyukan kepada dunia: Berkhidmatlah kepada sesiapa yang
berkhidmat kepadaKu dan sengsaralah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadamu.
(Albani: Maudhu')
-7 ((إياآم وخضراءُ الدِّمن فقيل: ما خضراء الدِّمن؟ قال المرأةُ الحسناء في المنبت
السوء)). قال العراقي: ضعيف وضعفه ابن الملقن . قال الألباني: ضعيف جداً.
. ( 42 ) . "الضعيفة" ( 14 / "تخريج الإحياء" ( 2
Berhati2lah kamu terhadap Khadra' ad-Dimn/kehijauan kotoran binatang ternak.
Baginda ditanya, "apakah khadra' ad-dimn itu? Sabdanya: Perempuan cantik yang
tumbuh disuasana buruk (rupawan tetapi hatinya jahat). (Albani: Terlalu Dha'if)
-8 ((صنفان من أمتي إذا صلحا، صلح الناس: الأمراء والفقهاء)). وفي لفظ
((صنفان من أمتي إذا صلحا، صلح الناس: الأمراء والعلماء)). قال الإمام أحمد :
في أحد رواته آذاب يضع الحديث ، قال ابن معين والدارقطني مثله، قال الألباني:
. ( 6) . "الضعيفة" ( 16 / موضوع. "تخريج الإحياء" ( 1
Dua golongan dari kalangan umatku, apabila baik mereka maka baiklah manusia.
Iaitu umara' dan fuqaha'. Di dalam satu lafaz lain, umara' dan ulama'. (Albani:
Maudhu')
-9 ((توسلوا بجاهي ، فإن جاهي عند الله عظيم)). قال ابن تيمية والألباني : لا
. ( 415 ) . "الضعيفة" ( 22 / أصل له."اقتضاء الصراط المستقيم" لابن تيمية ( 2
Bertawassullah dengan kemegahan dan kemuliaanku kerana sesungguhnya jah-ku di
sisi Allah adalah agung. (Albani: Tiada asalnya)
-10 ((من خرج من بيته إلى الصلاة فقال : اللهم إني أسألك بحق السائلين عليك،
وأسألك بحق ممشاي هذا ......... أقبل الله عليه بوجهه واستغفر له ألفُ ملكٍ)).
ضعفه المنذري، قال البوصيري: سنده مسلسل بالضعفاء. قال الألباني : ضعيف.
. (256/ 272 ) . "سنن ابن ماجه" ( 1 / "الترغيب والترهيب" للمنذري ( 3
Barangsiapa yang keluar rumah pergi solat dan mengucapkan: Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan hak orang yang memohon kepadaMu
dan aku memohon dengan hak perjalanan ini………… Allah akan mengadap
wajahnya dan seribu malaikan akan memohon keampunan untuknya. (Albani: Dha'if)


******************************
-11 ((الخير فيَّ وفي أمتي إلى يوم القيامة)). قال ابن حجر : لا أعرفه . "المقاصد
. ( الحسنة" للسخاوي (ص 208 ). وهو في "تذآرة الموضوعات" للفتني ( 68
.( وفي "الأسرار المرفوعة في الأخبار الموضوعة" للقاري (ص 195
Kebaikan ada padaku dan pada umatku hingga hari kiamat. (Ibnu Hajar: Aku tidak
mengenalinya).
-12 ((من نام بعد العصر ، فاختُلس عقله، فلا يلومنَّ إلا نفسه)). أورده ابن
69 ) . والسيوطي في "اللآلئ المصنوعة" / الجوزي في "الموضوعات" ( 3
. ( 279/2 ) . والذهبي في "ترتيب الموضوعات" ( 839 )
Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka
janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri. (Ibnu al-Jauzi di al-
Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)
-13 ((من أحدث ولم يتوضأ فقد جفاني ......)). قال الصغاني : موضوع .
. ( "الموضوعات" ( 53 ) . والألباني : موضوع."الضعيفة" ( 44
Barangsiapa yang berhadas dan tidak berwudhu' maka sesungguhnya dia telah
memalingkan diri dariku. (Albani: Dha'if)
-14 ((من حج البيت ولم يزرني . فقد جفاني)). موضوع. قاله الذهبي في "ترتيب
الموضوعات" ( 600 ) . والصغاني في "الموضوعات" ( 52 ) . والشوآاني في
. ( "الفوائد المجموعة" ( 326
Barangsiapa yang berhaji ke Baitillah dan tidak menziarahiku, maka sesungguhnya
dia telah memalingkan diri dariku. (al-Zahabi, al-Shaghani & al-Syaukani: Maudhu')
-15 ((من حج، فزار قبري بعد موتي، آان آمن زارني في حياتي)). قال ابن
( تيمية: ضعيف . "قاعدة جليلة" ( 57 ) . قال الألباني: موضوع. "الضعيفة" ( 47
.(5250/ . وانظر "ذخيرة الحفاظ" لابن القيسراني ( 4
Barangsiapa yang berhaji lalu menziarahiku selepas kewafatanku, dia seolah2
menziarahiku semasa aku hidup. (Albani: Maudhu')
-16 ((اختلاف أمتي رحمة)). موضوع. "الأسرار المرفوعة" ( 506 ) . "تنزيه
. ( 402 ) . وقال الألباني: لا أصل له. "الضعيفة" ( 11 / الشريعة" ( 2
Ikhtilaf di kalangan umatku adalah rahmat. (Albani: Tiada asalnya)
-17 ((أصحابي آالنجوم بأيهم اقتديتم اهتديتم)). وفي لفظ: ((إنما أصحابي مثل
النجوم فأيهم أخذتم بقوله اهتديتم)).قال ابن حزم : خبر مكذوب موضوع باطل لم
82 ) . وقال الألباني: / 64 ) و ( 6 / يصح قط."الإحكام في أصول الأحكام"( 5
موضوع. "الضعيفة" ( 66 ) . وانظر "جامع بيان العلم وفضله" لابن عبد البر
.(91/2)
Para sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit. Mana2 yang kamu ikuti pasti
akan mendapat petunjuk. (Albani: Maudhu')
-18 ((من عَرَفَ نفسهُ فقد عرف ربَّه)).موضوع."الأسرار المرفوعة" ( 506 ) . و
. ( 402 ) . "تذآرة الموضوعات" ( 11 / "تنزيه الشريعة"( 2
Barangsiapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali
tuhannya. (al-Asrar al-Marfu'ah & tazkirah al-Maudhu'aat: Maudhu')
-19 ((أدَّبني ربي. فأحسن تأديبي)). قال ابن تيمية: لا يعرف له إسناد ثابت
( ."أحاديث القصاص" ( 78 ) .وأورده الشوآاني في "الفوائد المجموعة" ( 1020
. ( . والفتني في "تذآرة الموضوعات" ( 87
Tuhanku telah mendidikku dan membaikkan adabku. (Ibn Taimiyah: Tiada isnad yg
tsabit)
-20 ((الناس آلهم موتى إلا العالمون، والعالمون آلهم هلكى إلا العاملون
والعاملون آلهم غرقى إلا المخلصون والمخلصون على خطر عظيم)). . قال
الصغاني : هذا الحديث مفترى ملحون والصواب في الإعراب: العالمين والعالمين
. ( ."الموضوعات" ( 200 ) . وأورده الشوآاني في "الفوائد المجموعة" ( 771
. ( والفتني في "تذآرة الموضوعات" ( 200
Semua manusia ibarat mayat kecuali orang-orang alim. Dan orang-orang alim
semuanya binasa kecuali orang-orang yang beramal. Dan orang-orang beramal
semuanya tenggelam kecuali orang-orang yang ikhlas. Dan orang-orang yang ikhlas
semuanya dalam bahaya yang besar. (Al-Saghani: Maudhu')
******************************
-21 ((سؤر المؤمن شفاء)) . لا أصل له . "الأسرار المرفوعة" ( 217 ) . "آشف
. ( 1500 ) . "الضعيفة" ( 78 / الخفاء" ( 1
Bekas mulut orang beriman adalah ubat. (Tiada asalnya)
-22 ((إذا رأيتم الرايات السود خرجت من قبل خراسان، فأتوها ولو حبواً فإن فيها
. ( خليفة الله المهدي)). ضعيف . "المنار المنيف" لابن القيم ( 340
. ( 39 ) . "تذآرة الموضوعات" ( 233 / "الموضوعات" لابن الجوزي ( 2
Apabila kamu melihat bendera-bendera hitam yang keluar dari arah Khurasan, maka
kamu datangilah walaupun dalam keadaan merangkak. Kerana sesungguhnya di situ
ada khalifah Allah, al-Mahdi. (Dha'if)
-23 ((التائب حبيبُ الله)). لا أصل له . "الأحاديث التي لا أصل لها في الإحياء"
. ( للسبكي ( 356 ) . "الضعيفة" ( 95
Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. (Tiada asalnya)
-24 ((أما إني لا أنسى ، ولكن أُنَسَّ لأُشَرِّع)) . لا أصل له . "الأحاديث التي لا أصل
. ( لها في الإحياء" ( 357 ) . "الضعيفة" ( 101
Adapun aku tidak lalai, tetapi dilalaikan agar aku membimbing. (Tiada asalnya)
. ( -25 ((الناس نيام فإذا ماتوا انتبهوا)). لا أصل له . "الأسرار المرفوعة" ( 555
.( "الفوائد المجموعة" ( 766 ) . "تذآرة الموضوعات" ( 200
Manusia itu tidur, apabila mereka mati barulah mereka terjaga. (Tiada asalnya)
-26 ((من حدث حديثاً، فعطس عنده ، فهو حق)). موضوع . "تنزيه الشريعة"
. ( 286 ) . "الفوائد المجموعة" ( 669 / 483 ) . "اللآلئ المصنوعة" ( 2 )
Barangsiapa yang berkata suatu perkataan, kemudian dia bersin, maka perkataannya
itu adalah benar. (Maudhu')
-27 ((تزوجوا ولا تطلقوا، فإن الطلاق يهتز له العرش)). موضوع . "ترتيب
الموضوعات" ( 694 ) . "الموضوعات" للصغاني ( 97 ) . "تنزيه الشريعة"
. (202/2)
Berkahwinlah dan jangan bercerai, maka sesungguhnya talak itu menggoncangkan
Arasy. (Maudhu')
-28 ((تعاد الصلاة من قدر الدرهم من الدم)). موضوع . "ضعاف الدار قطني"
للغساني ( 353 ) . "الأسرار المرفوعة" ( 138 ) . "الموضوعات" لابن الجوزي
(76/2)
Sembahyang perlu diulang apabila ada darah sekadar satu dirham. (Maudhu')
-29 ((السخي قريب من الله، قريب من الجنة. قريب من الناس، بعيد من النار،
والبخيل بعيد من الله، بعيد من الجنة، بعيد من الناس ، قريب من النار وجاهل
. ( سخي أحب إلى الله من عابد بخيل)). ضعيف جدّاً . "المنار المنيف"( 284
. (91/ "ترتيب الموضوعات" ( 564 ) . "اللآلئ المصنوعة" ( 2
Orang yang pemurah itu hampir dengan Allah, hampir dengan syurga dan jauh dari
neraka. Orang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia dan
hampir dengan neraka. Orang jahil yang pemurah itu lebih dicintai Allah daripada
seorang ahli ibadah yang bakhil. (Terlalu Dha'if)
-30 ((أنا عربي والقرآن عربي ولسان أهل الجنة عربي)) . "تذآرة
. (30/ الموضوعات" ( 112 ) . "المقاصد الحسنة" ( 31 ) . "تنزيه الشريعة" ( 2
Aku berbangsa Arab, al-Quran berbahasa Arab dan lisan para ahli syurga adalah
bahasa Arab.
******************************
-31 ((إن لكل شيء قلباً، وإن قلب القرآن (يس) من قرأها، فكأنما قرأ القرآن عشر
. ( 55 ) . "الضعيفة" ( 169 / مرات)). موضوع . "العلل" لابن أبي حاتم ( 2
Setiap sesuatu itu ada hatinya. Sesungguhnya hati al-Quran adalah Yasiin.
Barangsiapa yang membacanya, maka seolah-olah dia membaca al-Quran sebanyak
10 kali. (Maudhu')
-32 ((فكرة ساعة خير من عبادة ستين سنة)) . موضوع . "تنزيه الشريعة"
. ( 305/2 ) . "الفوائد المجموعة" ( 723 ) . "ترتيب الموضوعات" ( 964 )
Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah selama 60 tahun. (Maudhu')
-33 ((لا صلاة لجار المسجد إلا في المسجد)) . ضعيف . "ضعاف الدارقطني"
.(693/ 16 ) . "العلل المتناهية" ( 1 / 362 ) . "اللآلئ المصنوعة" ( 2 )
Tiada sembahyang (tidak sah) bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan di
masjid. (Dha'if)
-34 ((الحجر الأسود يمين الله في الأرض يصافح بها عباده)). موضوع . "تاريخ
. ( 944 ) . "الضعيفة" ( 223 / 328 ) . "العلل المتناهية" ( 2 / بغداد" للخطيب ( 6
Hajar al-Aswad adalah tangan kanan Allah di mukabumi ini yang berjabat dengan
hamba-hambaNya. (Maudhu')
87 ) . "تذآرة / -35 ((صوموا تصحوا)) . ضعيف . "تخريج الإحياء" ( 3
. ( الموضوعات" ( 70 ) . "الموضوعات" للصغاني ( 72
Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat. (Dha'if)
-36 ((أوصاني جبرائيل عليه السلام بالجار إلى أربعين داراً. عشرة من ها هنا،
وعشرة من ها هنا ، وعشرة من ها هنا ، وعشرة من ها هنا)) . ضعيف . "آشف
232 ) . "المقاصد الحسنة" للسخاوي / 1054 ) . "تخريج الإحياء" ( 2 / الخفاء" ( 1
. (170)
Jibril a.s. telah berpesan agar aku berbaik dengan jiran hingga 40 buah rumah.
Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana.
Sepuluh dari sini ke sana. (Dha'if)
. ( -37 ((لولاك ما خلقت الدنيا)) . موضوع . "اللؤلؤ المرصوع" للمشيشي ( 454
.( "ترتيب الموضوعات" ( 196 ) . "الضعيفة" ( 282
Kalau tidak kerana engkau (Muhamad), nescaya tidak aku jadikan dunia. (Maudhu')
-38 ((من قرأ سورة الواقعة في آل ليلة لم تصبه فاقة أبداً)). ضعيف. "العلل
( 301 ) . "الفوائد المجموعة" ( 972 / 151 ) . "تنزيه الشريعة" ( 1 / المتناهية" ( 1
.
Barangsiapa yang membaca surah al-Waqi'ah setiap malam, nescaya tidak akan
ditimpa kefakiran selama2nya. (Dha'if).
-39 ((من أصبح وهمه غير الله عز وجل ، فليس من الله في شيء ومن لم يهتم
للمسلمين فليس منهم)) . موضوع . "الفوائد المجموعة" ( 233 ) . "تذآرة
. (312- الموضوعات" ( 69 ) . "الضعيفة" ( 309
Barangsiapa yang penumpuannya bukan kepada Allah, maka tiada lagi peliharaan dari
Allah. Dan barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan umat Islam, maka dia bukan
dari kalangan mereka. (Dha'if)
1997 ) . "الفوائد / -40 ((آما تكونوا يولي عليكم)) . ضعيف . "آشف الخفاء" ( 2
.( المجموعة" ( 624 ) . "تذآرة الموضوعات" ( 182
Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadan itulah yang diberikan
kepada orang yang memimpian kalian. (Dha'if)
******************************
-41 ((آما تكونوا يولي عليكم)) . ضعيف . "الفوائد المجموعة" ( 624 ) . "تذآرة
.(1997/ الموضوعات" ( 182 ) . "آشف الخفاء" ( 2
Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadan itulah yang diberikan
kepada orang yang memimpian kalian. (Dha'if)
-42 ((من ولد له مولود. فأذن في أذنه اليمنى وأقام في أذنه اليسرى لم تضره أم
397 ) . "مجمع الزوائد" للهيثمي . / الصبيان)) . موضوع . "الميزان" للذهبي ( 4
. (61/ "تخريج الإحياء" ( 2
Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu diazankan ditelinga kanannya, dan diiqamah
di telinga kirinya, maka anak ini tidak akan diganggu oleh syaitan/jin.
(Maudhu')
-43 ((من تمسك بسنتي عند فساد أمتي ، فله أجر مئة شهيد)) . ضعيف جدا .
. ( 5174 ) . "الضعيفة" ( 326 / "ذخيرة الحفاظ" ( 4
Barangsiapa yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan,
maka baginya seratus pahala mati syahid. (Terlalu Dha'if)
-44 ((المتمسك بسنتي عند فساد أمتي له أجر شهيد)) . ضعيف ."الضعيفة"
(327)
Orang yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan, maka dia
mendapat pahala mati syahid. (Dha'if)
. ( -45 ((أنا ابن الذبيحين)) . لا أصل له . "رسالة لطيفة" لابن قدامة ( 23
. ( "اللؤلؤ المرصوع" ( 81 ) . "النخبة البهية" للسنباوي ( 43
Aku adalah anak dua calun yang disembelih (Abdullah bin Abdul Muttalib dan Ismail
bin Ibrahim a.s.) – (Tiada asalnya)
-46 ((النظر في المصحف عبادةٌ، ونظر الولد إلى الوالدين عبادةٌ، والنظر إلى علي
. ( بن أبي طالب عبادةٌ)) . موضوع . ""الضعيفة" ( 356
Melihat al-Quran itu ibadah, anak melihat ibubapanya adalah ibadah dan melihat
kepada Ali bin Abi Thalib adalah ibadah. (Dha'if)
-47 ((من صلى في مسجدي أربعين صلاة لا يفوته صلاة آتبت له براءة من النار
. ( ونجاة من العذاب، وبرئ من النفاق)) . ضعيف . "الضعيفة" ( 364
Barangsiapa yang bersembahyang dimasjid-ku selama 40 fardu tanpa tertinggal satu
sembahyangpun, nescaya ditulis baginya kelepasan dari neraka dan azab serta bebas
dari sifat munafiq. (Dha'if)
. ( -48 ((الأقربون أولى بالمعروف)) . لا أصل له . "الأسرار المرفوعة" ( 51
. ( "اللؤلؤ المرصوع" ( 55 ) . "المقاصد الحسنة" للسخاوي ( 141
Sanak saudara itu lebih utama dilayan dengan baik. (Tiada asalnya)
-49 ((آخر من يدخل الجنة رجل من جهينة ، يقال له: جهينة ، فيسأله أهل الجنة:
هل بقي أحد يعذب؟ فيقول: لا فيقولون: عند جهينة الخبر اليقين)). موضوع .
391 ) . "الفوائد / 161 ) . "تنزيه الشريعة" ( 2 / "الكشف الالهي" للطرابلسي ( 1
. ( المجموعة" ( 1429
Orang terakhir yang akan masuk syurga ialah seorang lelaki dari Juhainah. Dia
bernama Juhainah. Ahli syurga bertanya: Apakah masih ada orang yang sedang
diazab? Dia menjawab: Tiada. Ahli syurga berkata: Berita yang diyakini
kebenarannya ialah yang dibawa oleh Juhainah. (Maudhu')
( -50 ((خير الأسماء ما عبِّد وما حمِّد)) . موضوع . "الأسرار المرفوعة" ( 192
. ( . "اللؤلؤ المرصوع" ( 189 ) . "النخبة" ( 117
Sebaik-baik nama ialah yang menghambakan diri dan memujiNya. (Maudhu')
******************************
51 - ((اطلبوا العلم ولو بالصين)) . موضوع . "الموضوعات" لابن الجوزي
( 215/1 ) . "ترتيب الموضوعات" للذهبي ( 111 ) . "الفوائد المجموعة" ( 852 )
.
Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China. (Maudhu')
-52 ((شاوروهن - يعني: النساء - وخالفوهن)) . لا أصل له . "اللؤلؤ المرصوع"
.( 264 ) . "تذآرة الموضوعات" ( 128 ) . "الأسرار المرفوعة" ( 240 )
Berbincanglah dengan mereka (perempuan), dan sanggahlah mereka. (Tiada asalnya)
-53 ((يدعى الناس يوم القيامة بأمهاتهم ستراً من الله عز وجل عليهم)) . موضوع
449 ) . "الموضوعات" لابن الجوزي / . "اللآلئ المصنوعة" للسيوطي ( 2
. ( 248/3 ) . "ترتيب الموضوعات" ( 1123 )
Pada hari kiamat, manusia akan dipanggil dengan nama ibu mereka sebagai tabir dari
Allah ke atas mereka (menutup rahsia anak zina). (Maudhu')
-54 ((السلطان ظل الله في أرضه، من نصحه هدي ، ومن غشه ضل)). موضوع .
. ( "تذآرة الموضوعات" للفتني ( 182 ) . "الفوائد المجموعة" للشوآاني ( 623
. ( "الضعيفة" ( 475
Sultan adalah bayangan Allah di mukabumiNya. Barangsiapa yang setia kepadanya
akan diberi petunjuk. Dan, barangsiapa yang mengkhianatinya nescaya akan sesat.
(Maudhu')
-55 ((من خاف الله خوف الله منه آل شيء ، ومن لم يخف الله خوفه الله من آل
145 ) . "تذآرة الموضوعات" / شيء)) . ضعيف . "تخريج الإحياء" للعراقي ( 2
. ( 20 ) . "الضعيفة" ( 485 )
Barangsiapa yang takut azab Allah, maka Allah akan menjadikan segala sesuatu takut
kepadanya. Dan, barangsiapa yang tidak takut kepada Allah, maka Allah akan
menjadikan takut terhadap segala sesuatu. (Dha'if)
-56 ((قال الله تبارك وتعالى : من لم يرض بقضائي ويصبر على بلائي، فليتمس
625 ) . "تذآرة / رباً سوائي)) . ضعيف . "الكشف الإلهي" للطرابلسي ( 1
. ( الموضوعات" ( 189 ) . "الفوائد المجموعة" ( 746
Allah Taala berfirman: Barangsiapa yang tidak redha dengan qadha'-Ku dan tidak
bersabar atas bala'-Ku, maka hendaklah dia mencari Tuhan selainKu. (Dha'if)
. ( -57 ((ليس لفاسق غيبة)) . موضوع . "الأسرار المرفوعة" للهروي ( 390
. (764/ "المنار المنيف" لابن القيم ( 301 ) . "الكشف الإلهي" ( 1
Tidak dinamakan mengumpat apabila membicarakan perihal orang yg fasiq. (Hadist
Maudhu’)
-58 ((إذا مات الرجل منكم فدفنتموه فليقم أحدآم عند رأسه. فليقل: يا فلان بن
فلانة! فإنه سيسمع ، فليقل : يا فلان بن فلانة! فإنه سيستوي قاعداً .... اذآر ما
خرجت عليه من دار الدنيا: شهادة أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ... الخ)) .
. (206/ 420 ) . "زاد المعاد" لابن القيم ( 1 / ضعيف . "تخريج الإحياء" ( 4
. ( "الضعيفة" ( 599
Apabila mati salah seorang drp kamu dan setelah selesai kamu mengebumikannya,
maka hendaklah salah-seorang yang hadir itu berdiri di sisi kepalanya seraya berkata:
Wahai Si Fulan ! Wahai Si Fulanah. Kerana dia (si mati) itu akan mendengarnya.
Hendaklah yang bangun itu berkata lagi: Wahai Si Fulan Anak kepada Si Fulanah.
Maka si mati itu akan bangun di dalam keadaan duduk. Sebutkanlah apa yang telah
menyebabkan dia keluar daripada dunia iaitu syahadah LA ILAHA ILLAH
WAHDAHU LA SYARIKALAH …sehingga akhir. (Hadis ini Dho’ief)
-59 ((ما خاب من استخار ، ولا ندم من استشار ولا عال من اقتصد)). موضوع .
. ( 775 ) . "الضعيفة" ( 611 / "الكشف الإلهي" ( 1
Tidaklah sia-sia orang yang melakukan solat istikharah , tidaklah menyesal bagi orang
yang meminta pandangan orang lain dan tidaklah berlaku aniaya orang yang
bersederhana. (Hadist Maudhu’)
-60 ((آان إذا أخذ من شعره أو قلم أظفاره ، أو احتجم بعث به إلى البقيع فدفن)) .
. ( 337 ) . "الضعيفة" ( 713 / موضوع . "العلل" لابن أبي حاتم ( 2
Baginda Rasulullah s.a.w apabila digunting rambutnya, ataupun mengerat kukunya
ataupun jika Baginda s.a.w dibekam, maka Baginda s.a.w akan membawa lebihan
tersebut – dari rambut, kuku dan darah yang dibekam – ke tanah perkuburan Baqie’
untuk ditanam. (Hadist Maudhu’)
******************************
-61 ((المؤمن آيِّس فطِن حذر)) . موضوع . "آشف الخفاء" للعجلوني
. ( 859 ) . " الضعيفة" ( 760 / 2684/2 ) . "الكشف الإلهي" للطرابلسي ( 1 )
Seorang mukmin yang cerdik itu sentiasa berhati-hati. (Maudhuk: Kasyful Khafa')
-62 ((يا أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم ، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر جعل
الله صيامه فريضة وقيام ليلة تطوعاً..الخ)). ضعيف . "العلل" لابن أبي حاتم
. ( 249/1 ) . "الضعيفة" ( 871 )
Wahai manusia sesungguhnya kamu berada di dalam bulan yang agung, bulan di
mana di dalamnya lebih baik dari seribu bulan, menjadikan puasa di dalamnya
sebagai fardu dan qiyamul lail sebagai ibadah.. (Dha'if, al-Ilal Ibnu Abi Hatim)
-63 ((يا جبريل صف لي النار، وانعت لي جهنم: فقال جبريل: إن الله تبارك وتعالى
أمر بجهنم فأوقد عليها ألف عام حتى ابيضت، ثم أمر بها فأوقد عليها ألف عام
حتى احمرت، ثم أمر فأوقد عليها ألف عام حتى اسودت فهي سوداء مظلمة..الخ))
. ( 387 ) . "الضعيفة" ( 910 / . موضوع . "الهيثمي" ( 10
"Wahai Jibril, ceritakan kepadaku tentang sifat neraka dan sifat jahannam?" Maka
Jibril menjawab: "Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Taala telah memerintahkan
jahannam supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi putih.
Kemudian memerintahkannya lagi supaya menyalakan apinya selama seribu tahun
sehingga menjadi merah. Kemudian diperintahkannya lagi supaya menyalakannya
selama seribu tahun sehingga menjadi hitam yang gelap.." (Maudhu', al-Haitsami)
-64 ((لا تكثروا الكلام بغير ذآر الله، فإن آثرة الكلام بغير ذآر الله قسوة للقلب،
. ( وإن أبعد الناس من الله القلب القاسي)). ضعيف. "الضعيفة" ( 920
Janganlah kamu banyak bercakap selain dari zikir kepada Allah. Maka sesungguhnya
banyak bercakap selain dari zikir kepada Allah itu mengeraskan hati dan
sesungguhnya sejauh-jauh manusia kepada Allah ialah yang keras hatinya (Dha'if)
-65 ((إذا انتهى أحدآم إلى الصف وقد تم فليجبذ إليه رجلاً يقيمه إلى جنبه))
. ( 37 ) . "الضعيفة" ( 921 / ضعيف . "التلخيص الحبير" لابن حجر ( 2
Apabila sampai salah seorang dari kamu ingin masuk ke saf dan saf itu telah penuh,
maka hendaklah ia menarik seorang untuk bersama dengannya di tepinya. (Dha'if)
-66 ((الأبدال في هذه الأمة ثلاثون. مثل إبراهيم خليل الرحمن عز وجل آلما مات
رجل أبدل الله تبارك وتعالى مكانه رجلاً)) . موضوع . "الأسرار المرفوعة" لعلي
القاري ( 470 ) . "تمييز الطيب من الخبيث" لابن الديبع ( 7) . "المنار المنيف"
. ( لابن القيم ( 308
Wali abdal untuk umat ini ada 30 orang seperti Ibrahim Khalilur Rahman. Ketika
seorang mati, maka Allah akan menggantikan tempatnya dengan seorang lelaki lain.
(Maudhu')
-67 ((ما فضلكم أبو بكر بكثرة صيام ولا صلاة ، ولكن بشيء وقر في صدره)). لا
أصل له . "الأسرار المرفوعة" لعلي القاري ( 452 ) . "الأحاديث التي لا أصل لها
.( في الإحياء" للسبكي ( 288 ) . "المنار المنيف" ( 246
Tidak lebih Abu Bakar dari kamu dengan banyaknya berpuasa dan solat. Tetapi
dengan sesuatu yang hebat di dalam hatinya. (Tiada sumbernya)
-68 ((تحية البيت الطواف)) . لا أصل له . "الأسرار المرفوعة" ( 130 ) . "اللؤلؤ
. ( المرصوع" ( 143 ) . "الموضوعات الصغرى" للقاري ( 88
Tahiyat Ka'bah adalah tawaf. (Tiada sumbernya)
-69 ((إن العبد إذا قام في الصلاة فإنه بين عيني الرحمن فإذا التفت قال له الرب:
يا ابن آدم إلى من تلتفت؟ إلى من هو خير لك مني؟ ابن آدم أقبل على صلاتك فأنا
خير لك ممن تلتفت إليه)) . ضعيف جداً . "الأحاديث القدسية الضعيفة
. ( والموضوعة" للعيسوي ( 46 ) . "الضعيفة" ( 1024
Sesungguhnya seorang hamba apabila mendirikan solat maka sesungguhnya dia
berada di dalam pemerhatian Allah. Apabila dia selesai sembahyang dan berpaling,
Tuhan berfirman kepadanya: Wahai anak Adam, kepada siapa engkau mahu
berpaling? Kepada yang mereka yang lebih baik untuk engkau daripadaKu? Anak
Adam, hadapkanlah solat engkau kepadaKu, maka Aku bagi engkau adalah sebaikbaik
yang patut dipalingkan kepadanya. (Dhaif jiddan)
******************************
-70 ((وقع في نفس موسى: هل ينام الله تعالى ذآره؟ فأرسل الله إليه ملكاً. فأرقه
ثلاثاً، ثم أعطاه قارورتين في آل يد قارورة ... ثم نام نومة فاصطفقت يداه
وانكسرت القارورتان قال: ضرب الله له مثلاً أن الله لو آان ينام لم تستمسك
السماوات والأرض)). ضعيف . "العلل المتناهية" لابن الجوزي . "الضعيفة"
. (1034)
Telah terlintas di dalam hati Musa: "Adakah Allah itu tertidur?" Maka Allah
mengutus malaikat kepadanya dan tidak menidurkannya selama tiga hari serta
memberikannya dua buah botol. Botol itu dipegang pada kedua-dua tangannya. Dia
diperintahkan supaya menjaga botol berkenaan. Kemudian dia tertidur. Kedua-dua
tangannya hampir berlaga. Diapun terjaga serta menjauhkan semula jarak kedua
tangan yang memegang botol. Lalu dia kembali mengantuk dan tertidur sehingga
berlagalah kedua-dua tangannya. Dan terpecahlah dua botol itu. Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Allah telah memberi perumpaan kepada Musa, kalaulah Allah itu tertidur
sudah pasti langit dan bumi tidak terkendali. (Dha'if)
-71 ((النظرة سهم من سهام إبليس من ترآها خوفاً من الله آتاه الله إيماناً يجد
. (106/ حلاوته في قلبه)) . ضعيف جداً. "الترغيب والترهيب" للمنذري ( 4
. (314/ 63 ) . "تلخيص المستدرك" للذهبي ( 4 / "مجمع الزوائد" للهيثمي ( 8
Pandangan/melihat itu merupakan satu panahan dari panahan-panahan Iblis.
Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takutkan Allah, nescaya Allah akan
memberikannya keimanan yang dirasakannya amat manis di dalam hatinya. (Dha'if
Jiddan/sangat lemah)
-72 ((يعاد الوضوء من الرعاف السائل)) . موضوع. "ذخيرة الحفاظ" لابن طاهر
. ( 6526/5 ) ."الضعيفة" ( 1071 )
Wudhu' hendaklah diulangi apabila darah mengalir keluar dari hidung. (Maudhu')
-73 ((ليس الإيمان بالتمني ولا بالتحلي، ولكن ما وقر في القلب وصدقه الفعل...
. ( 4656 ) . "الضعيفة" ( 1098 / الخ)). موضوع. "ذخيرة الحفاظ" لابن طاهر ( 4
. ( "تيببض الصحيفة" لمحمد عمرو ( 33
Iman bukanlah dengan angan-angan dan juga bukan dengan hias-hiasan tetapi apa
yang tetap di dalam hati serta membenarkannya dengan perbuatan. (Maudhu')
-74 ((تخرج الدابة، ومعها عصى موسى عليه السلام، وخاتم سليمان عليه السلام
. ( ..فيقول هذا: يا مؤمن ، ويقول هذا : يا آافر)). منكر. "الضعيفة" ( 1108
Daabbah (binatang melata) akan keluar dengan tongkat Musa a.s. dan cincin Sulaiman
a.s. Ia berkata ini: "Wahai mukmin." Dan berkata ini: "Wahai kafir." (Munkar)
-75 ((انطلق النبي صلى الله عليه وسلم وأبو بكر إلى الغار، فدخلا فيه فجاءت
. ( العنكبوت فنسجت على باب الغار...الخ)) . ضعيف . "الضعيفة" ( 1129
. ( "التحديث بما قيل لا يصح فيه حديث" لبكر أبي زيد ( 214
Nabi s.a.w. keluar bersama Abu Bakar ke gua. Mereka berdua masuk. Kemudian
datang labah-labah membuat sarang di pintu gua. (Dha'if)
-76 ((وجد النبي صلى الله عليه وسلم ريحاً فقال: ليقم صاحب هذا الريح فليتوضأ.
فاستحيا الرجل أن يقوم فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ليقم صاحب هذا
الريح فليتوضأ فإن الله لا يستحي من الحق، فقال العباس: يا رسول الله أفلا نقوم
. ( آلنا نتوضأ؟ فقال: قوموا آلكم فتوضؤوا)) . باطل . "الضعيفة" ( 1132
Nabi s.a.w. telah terbau kentut seseorang lalu bersabda: "Bangunlah siapa yang
kentut, dan berwudhu'lah." Lelaki (yang kentut) itu malu untuk berdiri. Kemudian
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bangunlah siapa yang kentut dan berwudu'lah.
Sesungguhnya Allah tidak malu daripada kebenaran." Lalu Ibnu Abbas berkata:
"Wahai Rasulullah s.a.w., apakah tidak boleh kami semua bangun dan berwudhu'
semuanya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Bangunlah kamu sekelian dan
berwudhu'lah." (Bathil)
-77 ((إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء: إذا آان المغنم دولاً
. (33/ والأمانة مغنماً والزآاة مغرماً ........الخ)) . ضعيف . "سنن الترمذي" ( 2
. (33/ 1421 ) . "الكشف الإلهي" ( 1 / "العلل المتناهية" ( 2
Apabila umatku melakukan limabelas perkara ini, bala' bencana akan menimpanya:
Apabila ghanimah/rampasan perang berputar-putar di sekitar orang kaya dan
berkedudukan, apabila amanah menjadi harta rampasan dan apababila zakat sebagai
satu denda (dikeluarkan secara paksaan). (Dha'if)
-78 ((حب الدنيا رأس آل خطيئة)) . موضوع ."أحاديث القصاص" لابن تيمية
. ( 163 ) . "تذآرة الموضوعات" ( 173 / 7) . "الأسرار المرفوعة" ( 1 )
Mencintai dunia adalah kepala/pokok segala dosa kesalahan. (Maudhu')
-79 ((طلب الحلال جهاد، وإن الله يحب المؤمن المحترف)) . ضعيف ."النخبة
. ( 518 ) . "الضعيفة" ( 1301 / البهية" للسنباوي ( 57 ) . "الكشف الإلهي" ( 1
Mencari yang halal itu adalah jihad. Dan sesungguhnya Allah mencintai seorang
mukmin yang mempunyai pekerjaan. (Dha'if)
( -80 ((لكل شيء عروس وعروس القرآن الرحمن)) . منكر. "الضعيفة" ( 1350
.
Setiap sesuatu itu mempunyai mempelai/pengantin. Mempelai al-Quran adalah surah
al-Rahman. (Munkar)
******************************
. ( -81 ((سيد القوم خادمهم)) . ضعيف. "المقاصد الحسنة" للسخاوي ( 579
. ( "الضعيفة" ( 1502
Penghulu kepada suatu kaum itu ada khadam kepada mereka. (Dha'if)
-82 ((عليكم بالشفائين: العسل والقرآن)) . ضعيف. "أحاديث معلَّة ظاهرها
. ( الصحة" للوادعي ( 247 ) . "الضعيفة" ( 1514
Hendaklah kamu berubat dengan dua penyembuh: Madu dan al-Quran. (Dha'if)
-83 ((آمن شعر أمية بن أبي الصلت وآفر قلبه)) . ضعيف. "آشف الخفاء"
. ( 19/1 ) . "الضعيفة" ( 1546 )
Umaiyah bin Abi Shalt, syairnya beriman tetapi hatinya kafir. (Dha'if)
-84 ((البر لا يبلى والإثم لا ينسى والديان لا ينام فكن آما شئت آما تدين تدان)).
ضعيف. "الكشف الإلهي" للطرابلسي ( 681 ) . "اللؤلؤ المرصوع" للمشيشي
(414)
Kebaikan itu tidak akan punah (tidak putus pahalanya). Dosa itu tidak akan dilupakan.
Tuhan itu tidak akan tidur. Jadilah sebagaimana yang kamu mahukan sebagaimana
yang kamu lakukan maka itulah yang kamu perolehi. (Dha'if)
.
-85 ((لمعالجة ملك الموت أشد من ألف ضربة بالسيف)) . ضعيف جداً. "ترتيب
. (220/ الموضوعات" للذهبي ( 1071 ) . "الموضوعات" لابن الجوزي ( 3
Kesakitan menghadapi malaikat maut itu lebih dahsyat dari seribu pukulan pedang.
(Dha'if Jiddan)
-86 ((بادروا بالأعمال سبعاً، هل تنتظرون إلا مرضاً مفسداً وهرماً مفنداً أو غنى
مطغياً أو فقراً منسياً أو موتاً مجهزاً أو الدجال فشر غائب ينتظر أو الساعة
. (2313/ والساعة أدهى وأمر)). ضعيف. "ذخيرة الحفاظ" لابن طاهر ( 2
. ( "الضعيفة" ( 1666
Bersegeralah beramal sebelum berlaku tujuh perkara: Adakah kamu menunggu
sehingga jatuh sakit yang membinasakan, tua nyanyuk, atau kekayaan yang
menjahanamkan, atau kefaqiran yang melarat, atau kematian mengejut, atau datang
dajjal iaitu sejahat-jahat perkara ghaib yang ditunggu, atau datangnya kiamat, iaitu
perkara yang paling dahsyat sekali (Dha'if)
. ( 87 - ((أجرؤآم عل الفتيا أجرئكم على النار)). ضعيف. "الضعيفة" ( 1814
Memberi fatwa dapat menyebabkan diri terjerumus ke dalam neraka. (Dha'if)
-88 ((اتقوا فراسة المؤمن فإنه ينظر بنور الله)) . ضعيف. "تنزيه الشريعة"
. ( 305 ) . "الموضوعات" للصغاني ( 74 / للكناني ( 2
Takutilah firasat orang-orang beriman. Maka sesungguhnya dia memandang dengan
nur Allah. (Dha'if)
-89 ((الدنيا دار من لا دار له ومال من لا مال له ولها يجمع من لا عقل له)).
ضعيف جدّاً. "الأحاديث التي لا أصل لها في الإحياء" للسبكي ( 344 ) . "تذآرة
. ( الموضوعات" للفتني ( 174
Dunia adalah rumah bagi yang tiada rumah, harta bagi yang tiada berharta. Yang
menghimpun dunia ini ialah orang-orang yang tidak berakal. (Dha'if Jiddan)
******************************
. ( -90 ((لا تجعلوا آخر طعامكم ماءً)) . لا أصل له . "الضعيفة" ( 2096
Jangan akhiri makan kamu dengan meminum air (Tiada sumbernya)
-91 ((إن للقلوب صدأ آصدأ الحديد وجلاؤها الاستغفار)). موضوع."ذخيرة
. ( 1978 ) . "الضعيفة" ( 2242 / الحفاظ" ( 2
Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana berkaratnya besi. Dan penghilangnya
adalah istighfar. (Maudhu')
-92 ((رجعنا من الجهاد الأصغر إلى الأآبر)). لا أصل له. "الأسرار المرفوعة"
. ( 211 ) . "تذآرة الموضوعات" للفتني ( 191 )
Kami kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar. (Tiada asalnya)
-93 ((من أفطر يوماً من رمضان في غير رخصة رخصها الله له، لم يقض عنه
148 ) . "الترغيب / صيام الدهر آله، وإن صامه)). ضعيف. "تنزيه الشريعة" ( 2
.(74/ والترهيب" ( 2
Barangsiapa yang berbuka satu hari dibulan Ramadhan bukan sebab rukhsah
dibenarkan oleh Allah, maka ia tidak dapat di-qadha'kan sekalipun dia berpuasa
seumur hidup. (Dha'if)
-94 ((إن عبد الرحمن بن عوف يدخل الجنة حبواً)) . موضوع. "المنار المنيف"
.( لابن القيم ( 306 ) . "الفوائد المجموعة" للشوآاني ( 1184
Sesungguhnya Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak.
(Maudhu')
-95 ((أبغض الحلال إلى الله الطلاق)). ضعيف. "العلل المتناهية" لابن الجوزي
.(23/ 1056/2 ) . "الذخيرة" ( 1 )
Perkara halal yang paling dimurkai Allah ialah talaq. (Dha'if)
-96 ((لما قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة جعل النساء والصبيان والولائد
يقولون :
طلع البدر علينا وجب الشكر علينا
أيها المبعوث فينا من ثنيات الوداع
ما دعا لله داع جئت بالأمر المطاع
.( ضعيف. "أحاديث القصاص" لابن تيمية ( 17 ) . "تذآرة الموضوعات" ( 196
Apabila Nabi s.a.w. sampai di Madinah, maka wanita, kanak-kanak dan hamba
mengucapkan: Thala'al Badru Alaina…..
(Dha'if)
-97 ((إياآم والحسد فإن الحسد يأآل الحسنات آما تأآل النار الحطب)). ضعيف.
.(226/ 272 ) . "مختصر سنن أبي داود" للمنذري( 7 / "التاريخ الكبير" ( 1
Jauhilah hasad. Maka sesungguhnya hasad itu memakan kebaikan sebagaimana api
membakar kayu. (Dha'if)
98 . إن الله عز وجل يقول أنا الله لا إله إلا أنا ملك الملوك ومالك الملوك قلوب
الملوك بيدي وإن العباد أطاعوني حولت قلوب ملوآهم عليهم بالرأفة والرحمة وإن
العباد عصوني حولت قلوب ملوآهم بالسخط والنقمة فساموهم سوء العذاب فلا
تشغلوا أنفسكم بالدعاء على الملوك ولكن أشغلوا أنفسكم بالذآر والتضرع أآفكم
ملوآكم
.( ضعيف جداً. "الأحاديث القدسية" للعيسوي ( 43 ) . "الضعيفة" ( 602
Allah S. W. T telah berfirman: Aku adalah Allah, Tiada Tuhan selain Aku. Akulah
Raja Segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tangan-Ku. Sesungguhnya
apabila hambaKu mentaati-Ku, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan
belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkari-Ku, Aku
akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka.
Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan
penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah
lebih baik kembali mengingati-Ku dan merayu kepada-Ku supaya Aku dapat
melindungimu daripada kekejaman mereka. (Dha'if jiddan)
-99 الأذان والإقامة في أذن المولود. ضعيف جداً. "بيان الوهم" لابن القطان
.(494/ 128 ) ."الضعيفة" ( 1 / 594/4 ) . "المجروحين" لابن حبان ( 2 )
Hadis azan dan iqamah di telinga bayi. (Dha'if jiddan)
-100 ((الحكمة ضالة آل حكيم ، فإذا وجدها فهو أحق بها)). ضعيف. "المتناهية"
.(51/ 96 ) . "سنن الترمذي" ( 5 / لابن الجوزي ( 1
Hikmah adalah sesuatu yang hilang dari setiap orang yang bijaksana. Maka apabila
dia menemuinya, dia lebih berhak memilikinya. (Dha'if)




sumber : http://al-ahkam.net

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar

flag


ShoutMix chat widget